Monday, 13 February 2017

SABAH WITH LOVE!! KK ~ Kundasang 2017 (Part 1)


Assalam gaisss...

Lamanya tak update blog ni..dah berhabuk,bersawang bagai..huhu..
Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk mencoretkan pengalaman sebagai kenangan di masa depan.

Entry kali ni nak share pengalaman sepanjang percutian di Sabah Borneo, KK~Kundasang 2017.
Moga bermanfaat sebagai rujukan korang2 yg merancang untuk bercuti ke sana.. 😚

Day~1 

(12/Jan/2017-Khamis) Aku dan husband gerak dari Manjung ke KL jam 1 pagi sebab kitorang punya plan letak kereta kat rumah Along di Keramat. So lepas godek2 lebih kurang pukul 5 pagi kitorang sampai rumah Along dan  terus gerak ke airport sebab along kerja pagi tu. Pukul 6 pagi sampai kat airport terus solat dulu dan cuci muka siap2 sebab aku da tidur dlm perjalanan tadi. 

Flight kami pukul 9.25am so ada byk masa lagi sebab aku dah check in thru web seminggu sebelum boarding so takdela terkejar2 and rushing sangat. Sementara tunggu kaunter open,lepak dulu kat Starbucks minum kopi utk cargaskan bijik mato..hehe

Pukul 8 pagi kaunter Airasia  dah open so ktorang check in baggage dan terus ke balai berlepas gate J8. Lepak2 kat lounge sambil tengok staff AA loading cargo.

AK5106
 
Flight on time pukul 9.25am. Lepas setengah jam, crew dah start edarkan meals. This time aku pilih nasi ayam uncle chin sebab review kata sedap tapi pada aku so so je mungkin sebab sos dia rasa masam kot.Eddy pulak ambik Nasi Lemak Pak Nasser and memang sgt2 sodapp.
Nasi lemak Pak Nasser - Sedap!

Uncle Chins Chicken Rice

View from 35,000 ft

Cantik!!

Persisir Bandar KK

Alhamdulillah, pukul 12.15pm dah touchdown KKIA. Airport nya kecik jer but still guna air bridge so xdela kena menapak jejauh. Lepas je register di imigresen untuk dapatkan pas kemasukan, terus ke lobby untuk tunggu kereta sewa yang kami dah book.

Kami pilih kereta Axia auto RM100/day sebab fikir cuma berdua je so xperlu besar2 sgt. Kereta pun baru dan condition memang tiptop.Yang ni memang aku recommend sebab owner dan pekerja yang hantar kereta tu sangat2 helpful dan polite. Senang sgt berurusan siap tolong hantar kami sampai ke simpang untuk jalan naik ke Kundasang lagi..Tq bebanyak Nasir. :)

Inshaa Allah lepas ni kesana memang akan guna perkhidmatan diorang. Sesiapa yang berhajat nak kesana boleh contact diorang ni (Wan-0168432069 @ Nasir - 0133524096). Selain dari Axia diorang juga ada Myvi dan Saga. So boleh pilih ikut keselesaan korang.
 
Kota Kinabalu International Airport
 
Balai ketibaan KKIA
 RUMAH TERBALIK

Jalan nak ke Kundasang ni xdela susah mana, banyak je signboard sebagai panduan dan kalau takut2 tersesat jugak bolehla guna waze atau gps.

Persinggahan pertama kami ialah di rumah terbalik sebab ini adalah tempat tarikan pelancong yang pertama korang akan jumpa jika nak ke Kundasang.
Signboard Rumah Terbalik

Ticket price -RM10.60 dewasa


Semuanya terbalik..hehe
Husband kepanasan :)
Actually xde ape yang menarik sangat pasal rumah terbalik ni. Kiranya once in your life visit tempat ni pun da cukup kot..asalkan merasa ye dokk?
Tak lama pun kitorang kat rumah terbalik ni sebab  agak rushing nak naik ke Kundasang sebab time tu dah pukul 3.30 petang dan estimate perjalanan naik lebih kurang 2 jam. 
Hujan renyai2


Kabus dan angin yg kuat..sejukkk
 
Menginap di Nikgold Garden

Jam 5 ptg kitorang sampai di Kundasang dan terus check in hotel. Untuk malam pertama kitorang pilih untuk menginap di Nikgold Garden. Tapi entah kenapa, tak terfikir pulak nak ambil gambar bilik so untuk panduan korang, aku download jela dari facebook. ;)

Sikit review tentang hotel ni yer. Overall memang puas hati dan berbaloi untuk menginap di sini sebab bilik dia memang luas dan bersih. Pemandangan pulak direct to Gunung Kinabalu dan pagi2 boleh nampak dengan sangat jelas pemandangan gunung kinabalu depan mata.

Berbaloi2 walaupun jalan nak masuk ke hotel sangat2 curam sampai serik rasa nak keluar sebab seriously dia punya kecuramanan tu tahap menegak. Scary gilerr..huhu

Rate kat sini start dari RM100 ke RM300++ (banglo). Bilik yg aku ambik ni RM120 (Queen bedsize). Kalau korang plan nak duduk sini boleh contact no kat bawah ni atau book thru Agoda pun boleh.


Contact number


View Gunung Kinabalu memang depan mata! 

Antara bilik2 yang terdapat di Nikgold Garden

Bilik Queen Bedsize - sangat spacious

Toilet luas dan bersih
PASAR MALAM KUNDASANG

Lepas check in terus keluar ke pekan Kundasang sebab belum makan ape2 pun lagi. Sebenarnya kitorang agak cuak jugak bab2 makan ni sebab dari pengalaman2 bloggers macam susah je nak dapatkan makanan di Kundasang tapi bila dah sampai sendiri kesini, xdela susah mana pun. Banyak je kedai melayu islam kat area pekan ni, pilih ajer..so jgn risau yer :)

Waktu kitorang sampai di pekan Kundasang tu, nampak ada pasar malam. Sangat meriah dan ramai yang berniaga. cumanya hari tu xde hati nak singgah sebab rasa letih lagipun time tu dah pukul 5 lebih so hari dah nak gelap. Owh, pasar malam ni betul2 berlatar belakangkan gunung kinabalu. sangat2 cantik!

Mercu tanda pekan Kundasang


Pasar malam Kundasang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Berhenti sebab nampak asap bekepul2 orang membako kepak ayam
Petang tu kitorang decided nak tapau KFC je makan kat bilik sebab kat luar sejuk gilerr. On the way nak balik tu ternampak asap bergembur2 dari sebuah restoran betul2 berhadapan pasar malam Kundasang.

Kitorang stop sebab memang nak cari kepak ayam madu aka sayap. Nama restoran tu Restoran Intan. Tengok ramai org tengah beratur untuk beli sayap ni so pada kebiasaan nya kalau ramai yg queue mestila sedap kan2.
Time tu owner kedai tu tengah membakor sayap2 yang nampak sgt sedap dan juicy tu. Tapi memang sedappp..sebab tu la agaknya org kata org2 Sabah ni pandai buat sayap2 ni..dia punya rasa semua cukup.
Restoran Intan - Namaku terpahat di Kundasang..hehe :)
Sayap madu-sgt juicy dan sedappp!!!
Malam tu memang xde ape2 aktiviti. Lepas makan,mandi, solat terus tidur sebab masing2 da kepenatan. Suhu malam tu pulak lebih kurang 14-16 degrees so memang sejukk. Dah lama tidur x pakai stoking so malam tu memang kena pakai kalau x mau biru2 tapak kaki..hehe.


Penat dah menaip weihhh!! haha..kita sambung next entry pulak yer.
TQ for reading gaisss.. :) :)
















 


Monday, 4 January 2016

Cameron Di Hati - Century Pines Resort

Assalam ollss..
Harini terajin sikit nak hapdet pasal our most paberet place..mana lagi kalo bukan Camerooon..hehe
Kalau cerita pasal Cameron Highland ni memang aku akui aku xpernah jemu n xtaula bila aku akan jemu. Boleh katakan setiap 3 minggu sekali kitorang akan naik CH or paling2 busuk pun 2 bulan sekali, itupun aku punya tahap rindu kat CH tu xterkata..haha..tapi member2 semua dok kata dah naik muak tengok aku hapdet pasal CH kat FB..**kesah lak aku??kikiki

Aku punya obsess kat CH ni teruk gak sebabnya aku sendiri perasan bila aku pegi jenjalan kat tempat lain contoh Johor ke, Pahang ke n mana2 jelah tempat selain CH mesti hati aku akan berkata2..**bestnya kalau sekarang ni aku kat CH..hahaha..teruk x?? tapi nasib baikla husband aku ni paham obsesi wife dia ni terhadap CH n dialah yang selalu akan ajak aku naik tanpa perlu apa2 hint..hehe..luv u b...



Okla, harini nak citer pasal last week punya visit.. aku bertolak dari rumah ke CH dalam pukul 9am n sampai kat Brinchang pukul 12.30pm. Pada asalnya aku nak stay kat area Brinchang, tapi most of hotel dah fully booked n yang tinggal pun family suite yg sgtla xberbaloi utk kami yg nak stay berdua jer. So da xde pilihan terpaksala cari area Tanah Rata n aku ambik Century Pines Resort. Owh macam biasa ler, aku book thru Agoda sebab xberani nak walk in sebab takut xde bilik lgpun time aku pegi tu cuti sekolah n new year.

Jammed..tapi normal utk time PH & Cuti2 sekolah..padan muka sendiri


Aku dah pernah stay kat resort ni 2-3 kali n for me service n bilik dia mmg best. Kali ni aku ambik bilik garden view sebab memang da plan nak stay kat bilik jer malas nak keluar sebabnya da tentu2la jem giler..so kiranya kali ni ala2 honeymung la gitu..hehe..rate bilik ni RM346++ inclusive GST n breakfast for 2 pax. Agak mahal tapi mmg expected sebab PH kan..tapi seriously resort ni memang x mengecewakan. Highly recommended especially for those couple yg nak honeymoon tu..hehe..






Century Pines Resort

Passageway ke bilik kitorang. Time ni da start hujan tapi jgn risau, ade bumbung yer.. :)

Bilik kitorang C05

Bilik Garden View. Luas n selesa



View kat garden..hubby nampak tangan jer..hehe







Bathroom ada bathtub & yg penting bersih.





Lepas settle check in semua kitorang mandi, solat pastu lepak kat luar.aku pun siap2 la buat coffee 3 in 1 yg pihak resort sediakan. Time tu hujan n sejuk dia sampai ke tulang sampai bercakap pun boleh keluar asap tau..fefiling mcm obersi la pulak..haha..

Untuk dinner lak, asalnya kitorang nak makan dalam bilik jer tp lupa yg cafe resort ni mmg xde wat room service so kalau korang nak makan dalam bilik gak, korang kena pegi café dia n tapau sendiri. Tapi aku ngan Eddy malas nak makan kat cafe so decide makan kat luar jer lagipun tekak aku teringin nak makan steamboat hujan2 tu. So kitorang g makan kat Steamboat & Snack Corner sebelah jer dengan hotel De La Ferns. Steamboat tu minimum kena ambik 2 pax (RM29/pax) tapi dia punya portion tu mak aihh..macam nak mkn 5-6 org. Memang jenuhla aku ngan Eddy nak habiskan tu pun terpaksa tinggal sebab kalau sumbat gak mau muntah kitorang..membazir sgt tapi memang xmampu nak habiskan..huhu..sorry food.. :(
Lepas makan kitorang xgi mane2, terus balik resort sebab aku rasa letih sgt..mcmla aku yg drive kannn..hehe




Banyak giler tapi terpaksa sebab memang minimum utk steamboat is 2 pax.
Actually, semua tentang resort ni aku suka dari decoration kat lobby, passageway sampai la ke dalam bilik. Semuanya nampak sgt classy n ala2 inggeris, memang xjemu mata memandang. (Baru aku teringat yg drama Adam Hawa pun ade scene kat resort ni..hehe..).Dari segi service and facility pun not bad cumanya satuuuuuu jer..xde kipas..memang spoil. Memangla weather kat sini sejuk tapi kalau dah tengah malam nak tido xkan nak tido ngan pintu terbukak lak kan? confirm2la pintu semua kena tutup kann..so boleh imagine x camne keadaan bilik terkedap??xbernapas wooo...huhu..last2 si Eddy dah xtahan tengok aku xselesa dia pun call room service n mintak kipas..ntah camne dia deal pun xtaula, sebab xlama tu dtgla budak housekeeping tu anto kan kipas..nasibbb..so bolehla tido ngan lenanya..tq again b..

Esoknya macam biasalah breakfast kat hotel jer n xdela aku nak ambik pic pulak sebab setiap hotel menu xjauh beza pun cuma yg kat resort ni not badla..so our plan nak checkout awal sebab nak singgah pasar kat Brinchang pastu terus naik Sungai Palas mana lagi kalau bukan ladang BOH..yg ni pun tempat wajib kitorang dating gak sebab view dia tak pernah jemu untuk dipandang tapi kena tunggu next entry yer..hehe..thanks all..bubyeeee