Lamanya tak update blog ni..dah berhabuk,bersawang bagai..huhu..
Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk mencoretkan pengalaman sebagai kenangan di masa depan.
Entry kali ni nak share pengalaman sepanjang percutian di Sabah Borneo, KK~Kundasang 2017.
Moga bermanfaat sebagai rujukan korang2 yg merancang untuk bercuti ke sana.. 😚
Day~1
(12/Jan/2017-Khamis) Aku dan husband gerak dari Manjung ke KL jam 1 pagi sebab kitorang punya plan letak kereta kat rumah Along di Keramat. So lepas godek2 lebih kurang pukul 5 pagi kitorang sampai rumah Along dan terus gerak ke airport sebab along kerja pagi tu. Pukul 6 pagi sampai kat airport terus solat dulu dan cuci muka siap2 sebab aku da tidur dlm perjalanan tadi.
Flight kami pukul 9.25am so ada byk masa lagi sebab aku dah check in thru web seminggu sebelum boarding so takdela terkejar2 and rushing sangat. Sementara tunggu kaunter open,lepak dulu kat Starbucks minum kopi utk cargaskan bijik mato..hehe
Pukul 8 pagi kaunter Airasia dah open so ktorang check in baggage dan terus ke balai berlepas gate J8. Lepak2 kat lounge sambil tengok staff AA loading cargo.
![]() |
AK5106 |
Nasi lemak Pak Nasser - Sedap!
![]() |
Uncle Chins Chicken Rice |
![]() |
View from 35,000 ft |
![]() |
Cantik!! |
![]() |
Persisir Bandar KK |
Alhamdulillah, pukul 12.15pm dah touchdown KKIA. Airport nya kecik jer but still guna air bridge so xdela kena menapak jejauh. Lepas je register di imigresen untuk dapatkan pas kemasukan, terus ke lobby untuk tunggu kereta sewa yang kami dah book.
Kami pilih kereta Axia auto RM100/day sebab fikir cuma berdua je so xperlu besar2 sgt. Kereta pun baru dan condition memang tiptop.Yang ni memang aku recommend sebab owner dan pekerja yang hantar kereta tu sangat2 helpful dan polite. Senang sgt berurusan siap tolong hantar kami sampai ke simpang untuk jalan naik ke Kundasang lagi..Tq bebanyak Nasir. :)
Inshaa Allah lepas ni kesana memang akan guna perkhidmatan diorang. Sesiapa yang berhajat nak kesana boleh contact diorang ni (Wan-0168432069 @ Nasir - 0133524096). Selain dari Axia diorang juga ada Myvi dan Saga. So boleh pilih ikut keselesaan korang.
![]() |
Kota Kinabalu International Airport |
![]() |
Balai ketibaan KKIA |
Jalan nak ke Kundasang ni xdela susah mana, banyak je signboard sebagai panduan dan kalau takut2 tersesat jugak bolehla guna waze atau gps.
Persinggahan pertama kami ialah di rumah terbalik sebab ini adalah tempat tarikan pelancong yang pertama korang akan jumpa jika nak ke Kundasang.
![]() |
Signboard Rumah Terbalik |
![]() |
Ticket price -RM10.60 dewasa |
![]() |
Semuanya terbalik..hehe |
![]() |
Husband kepanasan :) |
Tak lama pun kitorang kat rumah terbalik ni sebab agak rushing nak naik ke Kundasang sebab time tu dah pukul 3.30 petang dan estimate perjalanan naik lebih kurang 2 jam.
![]() |
Hujan renyai2 |
![]() |
Kabus dan angin yg kuat..sejukkk |
Jam 5 ptg kitorang sampai di Kundasang dan terus check in hotel. Untuk malam pertama kitorang pilih untuk menginap di Nikgold Garden. Tapi entah kenapa, tak terfikir pulak nak ambil gambar bilik so untuk panduan korang, aku download jela dari facebook. ;)
Sikit review tentang hotel ni yer. Overall memang puas hati dan berbaloi untuk menginap di sini sebab bilik dia memang luas dan bersih. Pemandangan pulak direct to Gunung Kinabalu dan pagi2 boleh nampak dengan sangat jelas pemandangan gunung kinabalu depan mata.
Berbaloi2 walaupun jalan nak masuk ke hotel sangat2 curam sampai serik rasa nak keluar sebab seriously dia punya kecuramanan tu tahap menegak. Scary gilerr..huhu
Rate kat sini start dari RM100 ke RM300++ (banglo). Bilik yg aku ambik ni RM120 (Queen bedsize). Kalau korang plan nak duduk sini boleh contact no kat bawah ni atau book thru Agoda pun boleh.
![]() |
Contact number |
![]() |
View Gunung Kinabalu memang depan mata! |
![]() |
Antara bilik2 yang terdapat di Nikgold Garden |
![]() |
Bilik Queen Bedsize - sangat spacious |
![]() |
Toilet luas dan bersih |
Lepas check in terus keluar ke pekan Kundasang sebab belum makan ape2 pun lagi. Sebenarnya kitorang agak cuak jugak bab2 makan ni sebab dari pengalaman2 bloggers macam susah je nak dapatkan makanan di Kundasang tapi bila dah sampai sendiri kesini, xdela susah mana pun. Banyak je kedai melayu islam kat area pekan ni, pilih ajer..so jgn risau yer :)
Waktu kitorang sampai di pekan Kundasang tu, nampak ada pasar malam. Sangat meriah dan ramai yang berniaga. cumanya hari tu xde hati nak singgah sebab rasa letih lagipun time tu dah pukul 5 lebih so hari dah nak gelap. Owh, pasar malam ni betul2 berlatar belakangkan gunung kinabalu. sangat2 cantik!
![]() |
Mercu tanda pekan Kundasang |
![]() |
Pasar malam Kundasang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. |
![]() |
Berhenti sebab nampak asap bekepul2 orang membako kepak ayam |
Kitorang stop sebab memang nak cari kepak ayam madu aka sayap. Nama restoran tu Restoran Intan. Tengok ramai org tengah beratur untuk beli sayap ni so pada kebiasaan nya kalau ramai yg queue mestila sedap kan2.
Time tu owner kedai tu tengah membakor sayap2 yang nampak sgt sedap dan juicy tu. Tapi memang sedappp..sebab tu la agaknya org kata org2 Sabah ni pandai buat sayap2 ni..dia punya rasa semua cukup.
![]() |
Restoran Intan - Namaku terpahat di Kundasang..hehe :) |
![]() |
Sayap madu-sgt juicy dan sedappp!!! |
Penat dah menaip weihhh!! haha..kita sambung next entry pulak yer.
TQ for reading gaisss.. :) :)